Selamat Datang..............
Assalammualaikum & Salam Sejahtera....
Selamat datang ke Blog Pembimbing Rakan Sebaya, Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Dusun Nyior, Semoga dengan kehadiran laman ini akan membantu warga SKTDN dan semua pelayar dalam mendapatkan maklumat terkini dan info info tambahan bagi tujuan ilmiah, insyallah.
Walaubagaimanapun, laman ini masih baru dan masih dalam proses pembikinan diharap para pengguna bersabar dan insyaallah laman ini akan diupdate dari masa ke semasa..
Saturday, November 19, 2011
Sekitar Hari Anugerah 2011
Thursday, November 17, 2011
Suka Duka Sekitar Keputusan UPSR 2011
Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang 5A dalam UPSR 2011, kepada pelajar yang lain, jangan putus asa, jadikan ia sebagai satu titik pemulaan untuk meneruskan lagi perjuangan yang belum selesai... Selamat Maju Jaya.
Tuesday, November 15, 2011
Johan - Karnival Merekayasa Bimbingan & Kaunseling Sekolah Negeri Sembilan 2011
Tanggal 15 November 2011, SK Taman Dusun Nyior, dianugerahkan Johan dalam pertandingan Blog dalam Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Negeri Sembilan 2011 (Kategori Sekolah Rendah) . Semoga kegemilangan ini dapat diteruskan di masa hadapan. Ucapan terima kasih kepada pentadbir, rakan rakan guru SKTDN, terutama Kelab Guru Pusat Akses (Cikgu Nik,Cikgu Faizal, Ustaz Firdaus, Cikgu Hasley, Cikgu Hafiz), Kelab GAN serta para pelajar SKTDN dalam menyokong pernyertaan pertandingan ini sama ada dalam bentuk ilmiah mahupun sokongan moral. Tahniah dan Syabas
Sunday, November 13, 2011
Jamuan Perpisahan Tahun 6 2011
JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6 SESI 2011
TARIKH: 15 NOVEMBER 2011
HARI: SELASA
MASA: 1:30 PETANG
TEMPAT: DEWAN SKTDN
ATURCARA:
- KETIBAAN PARA GURU DAN MURID SKTDN
- UCAPAN GURU BESAR
- UCAPAN WAKIL TAHUN 6
- PERSEMBAHAN DAN JAMUAN
SEMUA MURID TAHUN 6 DIWAJIBKAN HADIR...
Lawatan ke Pusat Sains Kuala Lumpur
Thursday, November 10, 2011
Petua Untuk Hati
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
- Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
- Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
Wednesday, November 9, 2011
Kesan Merokok
Epidemiologi :
Banci menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.
Apakah bahaya merokok???
Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah:
Akibat Pengambilan Dadah
Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-
- akibat keatas penagih
- akibat keatas keluarga penagih
- akibat keatas masyarakat dan
- akibat keatas negara
---->Akibat Ke Atas Penagih <----
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
Cara Menghapuskan Perasaan Rendah Diri Dalam Diri Pelajar
1. Elakkan diri daripada situasi yang negatif.
Orang yang berasa rendah diri biasanya selalu berada dalam situasi yang negatif. Contohnya berada di kalangan orang yang sering bertengkar dan berbalah pendapat kepada perkara remeh. Orang yang mempunyai konsep diri yang tinggi selalu berada dalam situasi yang positif. Contohnya berada dalam situasi kemesraan dan perbincangan yang positif. Oleh itu cuba elakkan berada dalam situasi negatif.
2. Elakkan bergaul dengan mereka yang selalu berfikiran negatif
Pelajar yang suka berfikir negatif akan mempengaruhi pelajar lain untuk ber kiran sepertinya. Contohnya pelajar yang suka ponteng akan mencari rakan yang akan bersama-sama dengannya. Pelajar yang berfikir positif akan membawa kepada cara berfikir yang sihat. Contohnya pelajar yang berfikiran positif sering memikirkan matlamat yang positif dan cara-cara untuk mendapatkannya.
15 Langkah Meningkatkan Keupayaan Otak
Otak anda adalah ibarat mahkota dalaman anda dan perlu dijaga dengan baik kerana dengannya lah anda berfikir dan melakukan pelbagai tugasan di dunia ini. Ada banyak kaedah sebenarnya untuk menjaga otak anda agar memorinya stabil dan semakin meningkat prestasinya.
1. Pastikan otak kita sentiasa aktif – Otak bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akan menyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan daya memori.
.
2. Kurangkan tekanan – Tekanan yang terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan pemerhatian sesuatu.
3. Komitmen – Berikan komitmen terhadap suatu tugasan dan yakinkan diri kita bahawa kita akan dapat meningkatkan keupayaan memori otak ini. Jangan lemahkan diri kita dengan berfikiran negatif dan merasakan kita tidak bagus dalam mengingati sesuatu.
4. Buat senaman selalu – Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.
Thursday, November 3, 2011
Tips Menjadi Insan Yang Berjaya
1. Tentukan Visi Anda.
- Tanpa visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
- Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal.
2. Aturkan Langkah Anda.
- Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi / cita-cita anda mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda supaya tetap berada “di atas landasan” dan “tiba ke destinasi” pada waktu yang telah ditetapkan.
3. Rancang Masa Depan Anda SEKARANG!
- Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup.
Wednesday, November 2, 2011
Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
10 Tip Pengurusan masa yang berkesan
- Buat rancangan
- Waktu ulangkaji.
Subscribe to:
Posts (Atom)