Updates.
Selamat Datang .Sila lah follow dan komen ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang..............

Assalammualaikum & Salam Sejahtera....

Selamat datang ke Blog Pembimbing Rakan Sebaya, Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Dusun Nyior, Semoga dengan kehadiran laman ini akan membantu warga SKTDN dan semua pelayar dalam mendapatkan maklumat terkini dan info info tambahan bagi tujuan ilmiah, insyallah.
Walaubagaimanapun, laman ini masih baru dan masih dalam proses pembikinan diharap para pengguna bersabar dan insyaallah laman ini akan diupdate dari masa ke semasa..

Thursday, January 12, 2012

5 tips bagaimana meningkatkan keyakinan diri


Motivasi Diri: 5 tips bagaimana meningkatkan keyakinan diri

Punca mengapa ada sesetengah orang tidak ada keyakinan adalah kerana mereka kurang percaya pada kebolehan diri. Mereka teragak-agak, sangsi dan takut-takut. Perasaan ini timbul dalam apa saja perkara yang mereka lakukan, khususnya ketika melakukan perkara-perkara baru.

Apabila Anda rasa kurang yakin, Anda akan tiba-tiba merasa takut, bingung, keliru. Anda bagaikan tak tahu nak buat mana satu dan tak tahu kat mana nak bermula dulu. Masalah ni perlu di atasi. Jika tidak, motivasi Anda akan luntur dan Anda hilang pedoman untuk meneruskan hidup.


Bagaimana nak membangkitkan rasa percaya pada diri?


Ini caranya:


1. Gali kekuatan-kekuatan diri Anda, kemahiran-kemahiran Anda yang Anda rasa anda boleh buat dengan cukup baik. 
Tonjolkan. Biar orang sekeliling tahu supaya mereka menghargai kelebihan Anda, lantas membangkitkan rasa yakin dalam diri Anda.


2. Ingat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah Anda capai, sebab ia membantu Anda merasa yakin.
Anda pernah mencapai kejayaan kecil di masa lalu atau disatu ketika dulu, jadi berkemungkinan Anda boleh berjaya lagi di masa kini dan di masa hadapan. Rasa gembira setelah mencapai kejayaan-kejayaan tu membuat Anda merasa yakin.


3. Hargai bakat, kebolehan serta kelebihan-kelebihan orang lain.
Jauhi sikap mencemuh kelebihan mereka atau bersangka buruk pada kelebihan mereka. Hargai dan kagumi kerana dengan mengagumi, Anda akan bersemangat untuk memperbaiki bakat Anda sendiri. Berkawan dengan mereka, elak bersaing. Untuk menang, Anda perlu berkawan dengan musuh sendiri.


4. Banyakkan bersukan, banyakkan meggerakkan otot-otot badan, banyakkan aktiviti mental. 
Bersukan melancarkan pergerakan darah. Aktiviti mental membuat minda Anda tajam serta dipenuhi banyak aliran idea. Gabungan kedua-dua kesan dari aktiviti ni menimbulkan rasa yakin diri yang akhirnya membuat Anda berani, optimis serta bebas dari sikap teragak-agak. Anda tahu apa yang perlu dilakukan.


5. Selalu bertenang.
Terdesak macam manapun, kelam kabut macam manapun, stress macam manapun, jadilah orang yang memilih untuk bertenang. Dari ketenangan tu, muncul rasa yakin diri. Lagipun, bila Anda bertenang selalu semuanya akan terjadi secara teratur, tak le berterabur.


Penyakit utama orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan suka merendah-rendahkan orang. Hati-hati dengan dua ‘penyakit’ dalaman ni kerana ia biasanya berlaku tanpa kita sedari.

No comments:

Post a Comment

Followers